10 November 2013 - 20:30
Ayatullah Sistani pemangkin keamanan Iraq dan serantau dalam memadam fitnah sektarianisme

Menteri Luar Turki dalam sidang akhbarnya menegaskan Ayatullah Sistani adalah pemangkin masa depan Iraq dalam menghapuskan fitnah sektarianisme.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ahmet Davutoglu dalam sidang akhbar berkata, "Marja' taqlid Sistani adalah pemangkin masa depan Iraq dalam memadam fitnah sektarianisme di peringkat dalaman atau peringkat serantau."

Davutoglu berkata demikian setelah bertemu dengan Ayatullah Sistani di Najaf pagi tadi.

"Pertemuan dengan Sayid Sistani membuahkan hasil yang berguna dan saya telah dimuliakan untuk mengunjungi tempat ini.

"Saya telah memanfaatkan pertemuan ini, dalam dunia ini, dan kami amat menghargai usaha beliau dalam memerangi fitnah sektarianisme," tutur beliau.

Tambah beliau lagi pertemuan tersebut telah memberikan keputusan yang baik bagi aktiviti politik dalam mencegah jenayah fitnah di rantau tersebut. Beliau berkata, "Bulan Muharam menyeru kita untuk bersatu dan bertekad untuk bekerja sama bersama Iraq dalam menyatukan seluruh rantau."

Menteri Luar Turki tiba di ibukota Baghdad pada Ahad malam dan mengadakan beberapa siri pertemuan dengan para pemimpin dan pegawai Iraq. Dalam pertemuan bersama rakan sejawatnya Hoshyar Zebari, beliau bersetuju untuk membuka lembaran baru hubungan antara kedua-dua negara dan menyatakan kesediaan negaranya untuk menjalinkan kerjasama dalam masalah keselamatan serta perisikan.